Sunday, 24 September 2017

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG GLOCK














































NOTIS  BERKAITAN  PEROLEHAN  PISTOL  GLOCK  DARI  PIHAK  PEMBEKAL  TIDAK  DIIKTIRAF  ATAU  ‘BUYING  HOUSE’   MELALUI   ‘GREY  MARKET’
Di Malaysia,  atas  sebab-sebab  tertentu,  kebelakangan  ini terdapat  beberapa  pihak  dari  agensi  Kerajaan  mahupun  swasta yang   telah  memperolehi  pistol  jenama  GLOCK (semua  versi)  dari  pihak  ketiga  yang  kerap  dikenali  sebagai  ‘Buying  House’  sama  ada  dari  Amerika  Syarikat  mahupun  Eropah.

Perlu  diingatkan  bahawa  negara  Austria  (negara pengeluar  asal  GLOCK)  melalui  perundangan  Kesatuan  Eropah  (European  Union)  mempunyai  undang-undang  khusus  yang  tidak  membenarkan  mana-mana  pengimport ,  baik  agensi  kerajaan  mahupun  komersial  untuk  mengeksport  semula  pistol  GLOCK  keluaran  Austria  kepada  mana-mana  agensi / jabatan / pengguna  komersial  di  negara  ketiga.  Ini  merupakan  satu  kesalahan  di  bawah undang-undang  Kesatuan  Eropah.

Sekiranya  pihak   agensi / jabatan / pengguna  komersial  telah  mendapatkan  pistol  GLOCK  dari  pembekal ‘Buying House’ atau  pasaran  yang diistilahkan  sebagai  ‘Grey  Market’  dan  nombor  siri  pistol  tersebut  dilaporkan  kepada  pihak  GLOCK,  pihak  GLOCK  boleh  mengambil  tindakan  undang-undang  atau  menyenarai-hitamkan  pembekal   yang  membekal  pistol  tersebut  kepada  agensi / jabatan  yeng  merupakan  pengguna.

Pistol  GLOCK  yang  dibeli  secara  perolehan  ‘Grey  Market’  ini  juga  secara  automatik  tidak  akan  tertakluk  dibawah  jaminan  40,000  butir  atau  10  tahun  yang  merangkumi  slaid,  laras  serta  kerangka.  Ini  akan  menyebabkan  kerugian  kepada  pengguna  kerana  sebarang  permintaan  untuk  penggantian  dibawah  jaminan  tidak  akan  dilayan  sama  sekali.

INGIN  MENGETAHUI  SAMA ADA  PISTOL  GLOCK  MILIK  AGENSI  ANDA  DIBELI  DARI SUMBER  YANG  DILANTIK  OLEH  PIHAK  GLOCK?
SILA  HUBUNGI  :  012-337 0751






JAMINAN  KOMPONEN    GLOCK  BAGI  PENGGUNAAN  LATIHAN  DAN  OPERASI
Pistol  GLOCK,  tanpa  mengira   versi  merupakan  sistem  pistol  yang  mempunyai  komponen  mekanikal  yang  amat  kalis  kepada  penggunaan  harian.  Apabila  GLOCK  mula  diperkenalkan  kepada masyarakat  antarabangsa,   ia  adalah  pistol  yang  dihasilkan  bagi  mematuhi  atau  memenuhi  kehendak  pasukan  tentera  darat  Austria.  Tentunya  lasak  dan  kalis  dera  ketika  penggunaan  adalah  salah  satu  sifat  wajib  pada  pistol  yang  diguna  pakai  sewaktu   peperangan .

Bagi  perolehan  atau  pembelian  pistol  GLOCK,  firma GLOCK  Austria,  akan  memberikan  jaminan  penggunaan  sehingga  40,000  butir  peluru  atau  tempoh  pemilikan  sehingga  10  tahun terhadap  tiga  komponen  utama  pistol,  iaitu  kerangka (frame),  slaid  dan  laras. Pra-syarat  jaminan  ialah  penggunaan  peluru  mestilah  dalam  kaliber  dan  prestasi  yang  diiktiraf  atau  dihasilkan  oleh  pengilang  peluru  komersial  yang  mematuhi  piawaian  antarabangsa.


Tidak  ada  jaminan  pada  komponen-komponen  kecil  atau  komponen  mekanikal  dalam  pistol  GLOCK.  Adalah  mustahil  untuk  berbuat  demikian  memandangkan  cara  dan  ciri  penggunaan,  pengendalian  serta  penjagaan  pistol  oleh  pengguna  memainkan  peranan  dalam  menentukan  tahap  ketahanan komponen-komponen  tersebut. 



        










                                    






 MEMAHAMI  BAGAIMANA  KOMPONEN  MEMPUNYAI  JANGKAHAYAT  TERTENTU
Pistol adalah  sejenis  peralatan  mekanikal  yang  mempunyai  komponen-komponen  tertentu  yang  bergerak,  bergelunsur, dikenakan  tekanan,  haba  atau  impak  fizikal  yang  kadang-kala ekstrim.  Oleh  yang  demikian  tidak  hairanlah  setelah  digunakan  dalam  tempoh  tertentu,  bahagian  atau  komponen  dalamannya  akan   mula  retak, sumbing,  lemah,  pecah dsb.nya, menyebabkan  pistol  tidak  lagi  boleh  berfungsi  sepertimana  sepatutnya.

Tidak  ada  perkara  yang  lebih  kritikal  kepada  seorang  pengendali  pistol  apabila  mendapati  pistol  beliau  tidak  berfungsi  apabila  menghadapi  ancaman  maut.  Bagi  mengelakkan  dari  berlakunya  keadaan  sedemikian,  individu,  bahagian  atau  agensi  yang  mestilah  mempastikan  bahawa  pistol  sentiasa  berada  dalam  keadaan  yang  baik. Terdapat  beberapa  perkara  penting  yang  mesti  dilaksana  oleh  unit/agensi  agar  pistol  boleh  diharap  oleh  pengendalinya  untuk  berfungsi  sebilang  masa.
Ianya  ialah:

1.     Memberi  tunjuk  ajar  dan  maklumat  berkaitan  pencucian,  pelinciran  dan  penjagaan  pistol  kepada  pengguna

2.      Melaksanakan  pemeriksaan  berkala  am  dan  terperinci  terhadap  pistol  yang  diguna pakai  oleh  agensi

3.      Mempastikan  hanya  pihak  amra  dan  mereka   yang  diberi  penugasan  secara  rasmi  sahaja  dibenar  untuk  mengganti,  mengubahsuai atau  menukar  sebarang  komponen  pada  pistol

4.      Melaksana  pemeriksaan  atau  penggantian  komponen  secara  ‘pro-aktif’  mengikut  cadangan  pengeluar asal  terhadap  komponen-komponen  yang  dikenal  pasti  perlu  diganti  pada  sesuatu  model  pistol

5.      Mengenalpasti  kesemua  jenis dan  jenama  peluru  yang    diguna pakai  oleh  agensi mematuhi  piawaian antarabangsa  serta  dari  kilang  yang  diiktiraf



MENGENALPASTI   KOMPONEN   KHUSUS – SPRING  PENOLAK 
Dengan  mengambilkira  input  dari  pengguna  dan  pelbagai  agensi,  dalam  serta  luar negara,  komponen  pistol  yang    kerap  memerlukan  penggantian  boleh dikenalpasti.  Antara  komponen  utama  yang  boleh  menyebabkan  berlakunya  hentian  pada  GLOCK  sekiranya    pistol  diguna  dengan  intensif  (untuk  latihan sukan  umpamanya)    adalah   sistem  spring   penolak.   Ia  terletak  pada  kedudukan  bawah  laras. 



Keadaan  spring  penolak  yang  lemah  boleh  menjadi  punca  kepada  pelbagai  masalah terhadap  komponen  lain  pada  pistol  sekiranya  ia  tidak  digantikan  segera. 

Peranan  spring  penolak  adalah  penting.  Apabila  tembakan  dilepaskan,  slaid  akan  ditolak  ke  belakang  dan  melentingkan  kelongsong  keluar  dan  kemudiannya  menolak  peluru  baru  masuk  ke  dalam  kurung.   Tugas  utama spring  penolak  adalah  untuk  memperlahankan  pergerakan  slaid  ke  belakang  supaya  ia  tidak  menghentak  bahagian  dalaman  pistol  dengan  impak  maksima.  Ia  kemudiannya  bertindak menganjal  kembali  dengan  pergerakan  yang  lebih  pantas ke hadapan,  membawa  slaid yang  akan  menolak  peluru  baru  ke dalam  kurung. 

Untuk  GLOCK  Gen3,   terdapat  hanya  satu  spring  pada  satu  rod,  manakala  bagi  Gen4,  ada  dua  spring  yang  bertindan. 



KESAN   SPRING  PENOLAK  YANG  LEMAH 
Apabila  spring  penolak  menjadi  lemah, ia  akan  membenarkan  slaid  untuk  menghentam  bahagian  kerangka  pistol  dengan  kuat.  Keadaan  ini ,   jika  berlarutan  menyebabkan hentaman  slide  pada  kerangka  akan  menjadi  lebih  kuat.  Akhirnya,  akibat  hentaman  yang  semakin  kuat  berulang  kali,  bahagian  komponen  dalaman  yang  berada  pada  kerangka  akan  mula  susut  kemampuan  mekanikal  dan  fizikalnya.  Ini  termasuklah  pin,  blok  kuncian  (locking  block)  serta  kerangka  pistol  itu  sendiri.  

Kerangka  pistol  yang dihentak  kuat  berulang kali  menyebabkan  bahagian  dalamnya  akan   menghimpit  ke  dalam.  Ini  akan  menghalang  spring penolak  dari  bergerak  sepenuhnya  ke  belakang,  seterusnya  mengakibatkan  berlaku  hentian (stoppages)  seperti  kegagalan  laras  mengunci  slide    atau  peluru  tidak  masuk  ke dalam  kurung  (chamber)  sepenuhnya.








PERALATAN  SOKONGAN  YANG  WAJIB  ADA
Apabila  membuat  perolehan  pistol, perkara  yang  perlu  juga  diambil kira  ialah  peralatan  sokongan  bagi  membolehkan  pistol  diguna  secara  optimum.  Selain  dari  lasak  dan  kalis  dera,  salah  satu  sifat  pistol  GLOCK  ialah  kemampuan ketepatan  tembakannya.  Bagi  mengekalkan  ketepatan  ini,  pelarasan  pejera  hadapan  dan  belakang  yang  telah  dilaksana  oleh  pengeluar  dari  kilang  perlu  dikekalkan.

Penyelarasan  ini  kritikal   jika  pistol  diguna  bagi  tujuan   operasi.  Walaupun  amat  jarang  berlaku,  pejera  asal  polimer  yang  didatangkan  dari  kilang  mungkin    lari  dari  kedudukan  asal atau  rosak apabila  pistol  terjatuh  atau  terhentak  pada  objek  keras ketika  pengendali  mengoperasikan  pistol.

Oleh  yang  demikian  dua  peralatan  yang  wajib  ada  bagi  setiap  agensi  yang  mempunyai  pistol  GLOCK  dalam  inventorinya   adalah  alat  pelaras  pejera  belakang  dan  pemutar  pejera  hadapan.




PERALATAN  TAMBAH  NILAI
Jika  agensi  yang  memperolehi  pistol  GLOCK  bakal  kerap  menggunakan nya  di kawasan  berhampiran  sumber  air  semulajadi  seperti  pesisir  pantai,  sungai  atau  laut,  adalah  lebih  efektif  jika  pistol  didatangkan  dengan  gelung  spring maritim  pada  pin  peletupnya.  Jika  pistol  telah  diperolehi  dengan  gelung  biasa,  perolehan  boleh  dibuat  dan  gelung  spring  biasa  diganti  dengan  gelung  spring  maritim.  Ini  akan  membolehkan  pistol  di  tembak  secara  separa-automatik  walaupun  tenggelam  sepenuhnya  di  bawah  permukaan  air




Jika  agensi  anda  memilikii  pistol  GLOCK  yang  boleh  dipadankan  dengan  alat  penyenyap  bunyi  atau ‘suppressor’ bagi  tujuan  operasi  khas , pastikan  agensi  memperolehi  penutup  alur muncung  laras.  Ini  bertujuan  melindungi  muncung  laras  beralur  dari  kemek  atau  rosak  akibat  hentakan  atau geseran  ketika  pistol  tidak  dikenakan  dengan  alat  penyenyap  bunyi  ketika  penugasan  am. 


No comments:

Post a Comment