Saturday, 30 September 2017

HOLSTER - SARUNG PISTOL

Salah satu perkara yang kerap diperhatikan oleh GLOCK MALAYSIA ketika latihan atau operasi agensi keselamatan atau penguatkuasa di negara ini yang menggunakan pistol sebagai senjata utama mereka ialah kurangnya perhatian diberi kepada holster atau sarung pistol yang tersemat di pinggang mereka.

Holster sebenarnya merupakan salah satu komponen atau kelengkapan yang amat penting kepada individu yang membawa pistol apabila bertugas. Sekiranya holster tidak mempunyai mutu atau kualiti yang baik, ia berkemungkinan akan jatuh atau terkeluar dari kedudukannya. Ini boleh mendatangkan bahaya, pistol mungkin terjatuh dan rosak, hilang atau dirampas oleh individu tidak bertanggung jawab. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa anggota keselamatan yang terjatuh pistolnya ketika bertugas bakal dianggap sebagai cuai, tidak terlatih dan bakal dicemuh oleh pihak awam.

Dikala operasi pula, terutama individu pasukan khas, pergerakan anggota badan yang dilakukan ketika berlari, memanjat, melompat dan pelbagai lagi, kerap akan menguji daya ketahanan holster, dari tercabut, terkoyak atau putus jahitannya.  Oleh kerana pistol dianggap sebagai senjata 'kedua' atau 'secondary', dan hanya digunakan jika berlaku hentian atau kerosakan pada senjata utama (lazimnya submesingan), pistol perlu dioperasikan dengan pantas, dicabut keluar dari sarung, dioperasikan dan tembakan dilepaskan dalam tempoh jangka masa amat singkat.

Walaupun holster yang baik mampu menyimpan pistol agar tidak terkeluar dari sarungnya, beberapa faktor lain perlu diambil kira. Paling utama ialah ia mestilah mempunyai sistem kuncian yang baik, menyebabkan pistol sukar diragut oleh ancaman, namun mudah untuk dikeluarkan oleh pengendali dengan pantas dan selamat. Bahan pembuatannya juga mestilah kalis kepada cuaca panas dan lembap melampau yang terdapat di negara ini selain geseran akibat kerap penggunaan.

Pemilihan holster juga bergantung kepada sistem yang bersesuaian dengan jenis tugas atau penugasan yang bakal dilaksana. Ini termasuklah sama ada sarung tersebut di pakai di luar pakaian seragam secara terbuka dilihat umum, atau disimpan di bawah pakaian bagi tujuan kerahsiaan.
(Semua foto milik GLOCK MALAYSIA)


Bayangkan dalam keadaan sebegini, ancaman muncul, pengendali tidak mempunyai pilihan selain hanya menggunakan sebelah tangan untuk mncapai senjata dan melepaskan tembakan. Ini bermakna sistem pistol adalah yang paling praktikal, malangnya apabila mencapai holsternya, pistol tidak lagi berada ditempatnya. Sesaat dua meraba, mencari pistol mungkin terlalu 'lama' dan risiko ini bakal membawa padah.



Contoh holster yang dipakai di luar pakaian seragam


Contoh holster yang dipakai di bahagian dalam / bawah pakaian

Friday, 29 September 2017

GLOCK 'C'

Mungkin terdapat individu yang tidak mengetahui bahawa terdapat pistol model GLOCK yang mempunyai huruf di penghujung nombor model, contohnya GLOCK 17C atau 19C berbanding yang biasa iaitu hanya 17 atau 19 sahaja.

Huruf 'C' ini memberi maksud 'Compensated'  dan bukan 'Compact' atau lain-lain istilah.  Perbezaan ketara antara pistol GLOCK 19 Gen4  dan GLOCK 19C Gen4 ialah pada bahagian atas slaid dan juga laras. Pada model 'C' terdapat dua lurah pada bahagian atas slaid yang dipadankan dengan dua lurah kecil, pendek dan memanjang pada laras.

'Compensated' membawa pelbagai maksud dalam Bahasa Inggeris, salah satu darinya ialah 'mengimbangi' dan perkataan ini merupakan maksud paling tepat apabila memperkatakan pistol GLOCK model 'C'. Persoalan kedua yang mungkin ditanya ialah, apakah yang hendak diimbangkan? Untuk menjawab soalan ini kita harus mempunyai sedikit ilmu berkaitan hukum fizik.

Apabila tembakan dilepaskan dan anak peluru meluncur ke hadapan, ia akan membentuk satu tindak balas (hukum fizik aksi-reaksi) yang akan menolak slaid ke belakang. Apabila daya tolakan ini bergerak ke bahagian penggengam tangan ia akan membentuk aksi atau daya baru ke arah bawah. dan ini akan membentuk pula reaksi baru di hujung muncung laras, iaitu menolak muncung laras ke arah atas.

Muncung yang tertolak ke aras atas ini kerap menyebabkan pengendali hilang tenangan, dan pistol sukar di kawal. Lebih berkuasa tinggi peluru diguna, lebih kuat lonjakan ini. Untuk mengimbangi lonjakan ini, satu alur atau lubang dibuat pada bahagian hadapan atas laras serta pada slaid. Tekanan yang menghambur ke atas ini akan menghasilkan aksi ke atas dan reaksi baru ke bawah. Oleh kerana bahagian bawah laras tidak berlubang atau mempunyai alur, reaksi tersebut akan menekan laras ke bawah, seterusnya menghalang lonjakan pada muncung laras.

Dengan wujudnya 'compensator' ini, prestasi tembakan bertalu-talu dapat dilaksana dengan efektif kerana pengendali dapat mengembalikan tenangan pejera ke sasaran dengan lebih pantas, selain tendangan atau rekoil dan lonjakan muncung laras yang lebih rendah.








Monday, 25 September 2017

KENAPA GLOCK POPULAR


Pasukan khas kerap melaksana operasi dalam keadaan persekitaran ekstrim. Mereka lazimnya akan menggunakan taktik dan teknik bukan konvensional bagi mencapai kejayaan operasi. Oleh yang demikian sistem persenjataan mereka juga mestilah berkemampuan untuk mengharungi persekitaran ekstrim.


Dengan menggunakan sistem gelung khas maritim (maritime cup) pada komponen jarum pengetuk, pistol GLOCK boleh melaksanakan penembakan di bawah permukaan air tanpa perlu slaid dicekah setiap kali tembakan mahu dilepaskan. Ini bermakna pistol GLOCK sentiasa berada dalam keadaan sedia untuk penembakan, sama ada pengendalinya berada di bawah, di antara atau atas permukaan air.

Gelung maritim (atas)  berbanding gelung biasa (bawah), manakala foto paling kiri ialah kedudukannya pada sistem jarum pengetuk. Perhatikan perbezaan bentuk pada bahagian atas gelung.



Ini adalah antara sebab kenapa GLOCK menjadi pilihan berbanding yang lain

BUKAN SALAH PISTOL MENEMBAK....

Seperti juga mana-mana peralatan mekanikal, penggunaan  yang betul berlandaskan ilmu pengetahuan adalah amat kritikal agar pengendalian dapat mencapai  objektif penggunaan sesuatu peralatan.

Kegagalan untuk menguasai ilmu teknik penggunaan pistol GLOCK (atau pistol secara amnya) kerap menyebabkan pengguna  tidak  dapat mencapai  kehendak operasi. Bagi mereka yang melaksana operasi berisiko tinggi, ini mungkin boleh menentukan berjaya atau gagalnya operasi atau antara hidup dan mati.

Cara penggunaan yang tidak betul juga mampu mendatangkan kecederaan kepada pengguna akibat  terkena komponen senjata yang digunanya sendiri.

Berikut contoh-contoh bagaimana pistol GLOCK tidak sepatutnya dipegang ketika melaksana penembakan: DAPATKAH ANDA  MENGENAL PASTI  KESILAPAN PEGANGAN MEREKA?

(Foto adalah hak milik GLOCK MALAYSIA diambil ketika latihan agensi berkaitan keselamatan pelbagai)










GGK

Foto hak milik GLOCK MALAYSIA


Apabila ruang anda terhad, namun anda mahukan sesuatu yang tidak akan menghampakan dengan kuasa tembakan jitu, setiap kali picu ditarik dalam semua keadaan operasi - jawapannya GLOCK


Sunday, 24 September 2017

FAKTA-FAKTA PENTING




KENAPA GLOCK POPULAR DAN PRESTASI  YANG TERBUKTI
  1. Boleh diharap untuk berfungsi sebilang masa dan tembakan tepat
  2. Bahan pembuatan kerangka polimer yang tahan lasak dan kalis dera
  3. Slaid dan laras amat kalis dera serta tidak mudah karat
  4. Tiga tahap kunci selamat dalaman terbukti berkesan
  5. ‘Striker fire’ yang lebih praktikal bagi tujuan perlindungan jarak dekat
  6. Sesuai walaupun dalam persekitaran maritim dengan ’maritim cup’ - boleh melaksana tembakan di bawah permukaan air
  7. Kesemua versi mempunyai tarikan picu sama dari tembakan pertama hingga ke akhir
  8. Kesemua versi mempunyai sifat dan komponen kawalan sama bagi memudahkan latihan kemahiran
  9. Jumlah komponen yang boleh ditukar ganti antara  versi pistol berbeza adalah amat tinggi— sehingga 70%
  10. Alur pusar heksagonal Gen 2,3,4)—lebih efisien dan bersih, laras GMB (untuk Gen 5) ketepatan lebih tinggi
  11. Penjagaan mudah—tidak memerlukan  pelinciran keterlaluan
  12. Di dalam dan luar negara , pistol GLOCK telah diberi kepercayaan untuk melindungi anggota dan pegawai-pegawai agensi keselamatan, pasukan khas, pengawal peribadi, polis dan tentera.
  13. 65% Jabatan Polis di seluruh Amerika Syarikat menggunakan pistol GLOCK
  14. Pengawal peribadi VVIP kepimpinan negara berisiko tinggi seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Israel menggunakan GLOCK
  15. Tentera pelbagai negara termasuk kebanyakan pasukan elit/khas Eropah menggunakan GLOCK, manakala di Asia Tenggara,  Polis Filipina , Thailand, Indonesia turut menggunakan GLOCK



KEMAHIRAN GLOCK MELALUI LATIHAN


Pihak GLOCK MALAYSIA percaya bahawa hanya memiliki senjata api, namun tanpa penguasaan  kemahiran yang betul adalah sesuatu yang tidak membawa banyak faedah kepada pengendali, malah ia mungkin dan boleh  mendatangkan bahaya kepada pengendali dan orang ramai di sekeliling.

Bagi mereka yang membawa pistol atas sebab penugasan jabatan atau agensi, kemahiran menjadi satu kemestian. Ramai terkeliru mengenai kemahiran penembakan lapang sasar berbanding kemahiran penugasan operasi. Walaupun asas pengendaliannya sama namun ia mempunyai perbezaan yang ketara.

Jangan mengandaikan kemahiran di lapang sasar atau gelanggang sukan dan kemahiran operasi berisiko tinggi  adalah satu kemahiran sama. GLOCK MALAYSIA  berrsedia membantu agensi dan jabatan untuk memberikan tunjuk ajar dan latihan dari asas kepada komprehensif berkaitan penggunaan pistol GLOCK ketika penugasan atau operasi berisiko tinggi, apabila nyawa mungkin menjadi taruhannya.

Semua foto hak milik GLOCK MALAYSIA






















GLOCK 17 Gen5

Kini Pistol GLOCK Generasi 5 atau GLOCK Gen5 ditawarkan kepada pengguna.
Lima (5) perubahan fizikal luaran paling ketara antara Gen 5 dan Gen 4:

1.  Laras GMB (GLOCK Marksmen Barrel) merupakan laras yang mempunyai
ciri-ciri khusus yang membolehkan ketepatan tembakan dipertingkat. Ia mempunyai alur pusar berbeza dan tidak lagi menggunakan alur pusar heksagonal seperti yang terdapat pada kesemua versi generasi awal.

2.  Tiada lagi bonjolan jari  pada tangkai pemegang membolehkan  pegangan kemas dilaksanakan oleh pengguna tanpa mengira saiz jari

3.  Tombol hentian slaid (slide stop) di sebelah kiri dan kanan pistol, memudahkan penggunaan oleh pengguna tangan kanan atau kiri

4.  Sistem saduran nDLC pada bahagian slaid GLOCK Gen5 menjadikan bahagian slaid amat kalis dera dan karat tetapi mesra ekologi

5.  Bahagian liang kelopak yang telah di'kembangkan' pada tapaknya bagi memudahkan kemasukan kelopak ke dalam liang, satu aspek yang kritikal terutamanya apabila beroperasi dibawah tekanan operasi

LAPANG SASAR

Foto hak milik GLOCK MALAYSIA




INFANTRI, GGK , PASKAL (tim kawalan rapat), PASKAU

Semua foto hak milik GLOCK MALAYSIA

 







SIFAT & KOMPONEN GLOCK